Jumaat, 1 Mei 2015

Yang mudah pun tidak mampu, bagaimana perkara besar?

Mesin pengeluaran wang antara salah satu kemudahan yang memberitahu kita secebis sikap manusia.

Selalu kita lihat resit-resit bertaburan.
Walauoun tong sampai sudah disediakan tapi masih berlaku kertas-kertas kecil bersepah. Menggambarkan betapa rendah taraf berfikir sebahagian daripada anggota masyarakat kita.

Usah mencari salah sesiapa. Mulakan dengan diri kita. Buat perkara kecil yang positif, walau hanya membuang secebis sampah ke bakul sampah. Kita akan mengangkat taraf pemikiran kita sedikit lebih tinggi daripada mereka yang tidak melakukannya.

Sesungguhnya, bermula dengan perkara-perkara kecillah perkara-perkara besar terhasil.

13 Rejab 1436, 2 Mei 2015.

Permulaan

Alhamdulillah!

Segala puji bagi Allah.

Dia yang memberi sekitaran yang membuat blog ini saya mulakan.
Semoga ia menjadi sesuatu yang bermanfaat. Bukan saja untuk diri saya, malah untuk sesiapa jua yang singgah membacanya.

Ini adalah satu permulaan yang pada diri saya sangat besar. Sebelum ini saya hanya membaca segala macam tulisan di alam maya ini tanpa menyumbangkan sesuatu pun.
Saya berharap, sedikit sumbangan saya melalui blog ini akan meberikan sesuatu yang berguna kepada sesiapa jua, terutama diri saya.

12 Rejab 1436 Hijriah, bersamaan 1 Mei ,2015.